Latar belakang Rouge_(album_Yuna)

Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.[5] Menurut Yuna dalam temu ramah eksklusif bersama, Kosmo!:

"Saya mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan album ini. Benar, tempoh tersebut agak lama untuk menghasilkan sebuah album studio. Tetapi, hal tersebut berlaku kerana saya bekerja dengan penerbit berlainan. Maklumlah, untuk mendapatkan bunyi yang sesuai bukan satu perkara mudah. Pada mulanya, saya tidak tahu lagu jenis yang apa sesuai untuk dimuatkan dalam album ini. Namun, selepas bertenang dan selesa dengan situasi muzik pada waktu itu, saya mula menulis".[5]

Pada 17 Mei 2019, Yuna mengumumkan keluaran rasmi album Rouge di akaun Instagram peribadinya, dan kulit hadapan album ini di mana beliau memakai gaun merah dan mengenakan sanggul lintang pada kepalanya, sekali gus menyerlahkan busana yang sememangya sudah sedia anggun. Dalam satu temuramah, Yuna berkata tajuk album ini berasal dari perkataan bahasa Perancis yang bermaksud "merah" yang melambangkan cinta, semangat dan kekuatan.[6] Yuna memilih tajuk album tersebut bagi mencerminkan ketebalan beliau.[7] Di dalam temuramah bersama Billboard, beliau berkata: "Saya merasakan warna merah ialah warna tebal dan saya rasa, 'Oh, mungkin ia bukan untuk saya. Bahkan warnanya, warna gincunnya mungkin bukan untuk saya. Itu yang selalu menjadi orang seperti saya".[lower-alpha 1][8] Fotografi kulit album ini dirakamkan oleh Steven Taylor.[9]

Rujukan

WikiPedia: Rouge_(album_Yuna) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kreativit... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pink-yout... http://dayreps.com/newsitem/yuna-rouge-album-artwo... http://www.soulbounce.com/2019/05/yuna-to-go-rouge... http://www.cdjapan.co.jp/product/UCCB-1046 https://itunes.apple.com/gb/album/rouge/1462978892 https://www.billboard.com/articles/columns/pop/851... https://www.billboard.com/music/Yuna/chart-history... https://www.broadwayworld.com/bwwmusic/article/Yun... https://elevenpdx.com/2019/07/07/album-review-yuna...